Pakar Seo Malaysia

Siapakah Pakar Seo Malaysia Yang Sebenar?

Di Malaysia ini terdapat ramai yang mengelar mereka sebagai seorang yang pakar seo di dalam industri pemasaran online. Malah ada juga mereka yang membuat kelas-kelas untuk menarik perhatian orang ramai dan mengaku merekalah pakar di dalam Malaysia ini. Padahal, mereka hanyalah semata-mata mengaut keuntungan dengan membuat kelas dan hanya mengajar pekara-pekara yang mudah serta boleh dicari di Google.

Di sini saya tidak mahu menuding jari kepada siapa yang mengelar diri mereka pakar seo, tetapi saya di sini juga salah seorang yang meneraju tentang pemasaran online ingin mengkongsikan beberapa teknik yang perlu, sekiranya ingin mahir dalam Search Engine Optimization atau lebih ringkasnya SEO.

Pakar SEO? Benar atau Tidak

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya ingin mengendalikan SEO? Ternyata pekara paling asas adalah mempunyai ‘website’ jika tidak macam mana hendak meng-seo kannya. Semasa hendak membuat website atau laman sesawang, pastikan beberapa pekara perlu ditelitikan.

Di dalam SEO, anda kena arif tentang ‘on page optimization’, anda boleh google tentang pekara ini. Pekara ini wajib ditahu oleh semua pakar-pakar yang bermain dalam permainan seo ini. On page optimization ini secara ulasannya, adalah sesuatu yang membuat beberapa faktor untuk Google mengenal pasti website kita. Beberapa pekara itu seperti :- title tag, meta description dan Heading 1.

Mungkin ada kita yang masih tertanya-tanya apa itu tapi bagi mereka yang sudah mahir dalam SEO ini tentu dapat mengenal pasti apa itu yang saya sebutkan. Bagu mereka yang masih belajar, Title Tag itu adalah tajuk apa yang website kita ingin sampaikan. Sekiranya website kita ingin menceritakan tentang Resepi Kek, cari title tag kita dan tukarkan kepada Resepi Kek. Meta Description pula adalah penerangan sifat-sifat HTML yang memberi penjelasan ringkas mengenai kandungan laman web dan Heading 1 merupakan salah satu jenis perkataan yang anda boleh ubah untuk menjadi tajuk besar.

Ketiga-tiga faktor asas yang saya sebutkan itu tadi, adalah salah satu unsur yang membuat Google menbaca laman web anda. Terdapat banyak lagi unsur yang boleh di kenal pasti oleh Google, tapi saya hanya mengkongsikan ini dahulu. Mungkin saya akan bercerita di post lain untuk unsur-unsur yang lain. Tetapi sentiasa ingat, setiap pekara kita boleh usaha dan cari sendiri di Google dan bukannya dengan belajar dengan mereka yang mengelar mereka pakar seo malaysia semata-mata. Sebelum saya akhiri post saya yang tidak seberapa ini, saya akan kongsikan satu video mengenai on page optimization.